Perutusan Pengerusi

title

HJ. MOHD NAZRI BIN MD SAAD

Alhamdulillah, saya merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

Saya dengan rendah diri, mengalu-alukan anda melayari laman sesawang Masjid Al-Ikhwan sebagai agen pengantara dan penyebaran informasi dan aktiviti masjid yang mudah dan cepat. Sekaligus memastikan mesej penting kepada ahli kariah dapat disalurkan dengan lebih meluas dan berkesan. Laman Sesawang rasmi ini juga akan dimanfaatkan oleh pihak masjid bagi menghebahkan semua aktiviti-aktiviti pengimarahan yang telah dan akan dilaksanakan di masjid ini.

Masjid Al-Ikhwan mempunyai pelbagai kemudahan yang dapat dimanfaatkan oleh ahli kariah, tidak terhad kepada menunaikan solat jemaah sahaja. Ahli kariah dijemput menggunakan prasarana yang disediakan di masjid ini untuk melaksanakan sebarang aktiviti yang tidak menyalahi syariah terutamanya yang dapat memberi faedah kepada ahli kariah.

Akhirnya, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan aktiviti-aktiviti harian, mingguan dan bulanan masjid. Semoga sumbangan anda diBerkati dan diRahmati Allah s.w.t. Saya juga mengalu-alukan kunjungan semua ke laman sesawang ini dan diharapkan dengan kewujudan laman sesawang ini dapat memenuhi keperluan masyarakat dalam mendapatkan serta memanfaatkan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan. Sekian terima kasih.

PENGERUSI
MASJIDAL-IKHWAN, TAMAN BERNAM BARU